Monday, December 20, 2010

ter'salah' pakai baju pengantin


Pada perempuan yang bakal jadi raja sehari, harap jangan la ter'salah' pakai baju pengantin macam ni terutamanya yang bertudung.. Sopan la sikit masa nak naik ke masjid untuk akad nikah kan..

It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK"




pe citer??

Wednesday, December 15, 2010

wanita-wanita muslimah yang di kasihi


Para wanita-wanita muslimah yang di kasihi, sama-sama lah jaga adab anda dari segi pemakaian di khalayak ramai.. Serlahkanlah kecantikan anda dengan penuh kesopanan...

Tandas Unisex


 Sekarang stesen minyak (yg sederhana) semua buka satu toilet je kan? Lelaki dan perempuan semua guna toilet yang sama.

Saturday, December 11, 2010

notis ini disebuah kedai makan di Kota Bharu semalam.. Pesanan ini dengan niat nak perli si perokok. Tapi tanpa disedari memberitahu yang kedainya ada banyak lipas.. :P


ape komen anda??

Kutipan Filem Ngangkung RM 10 Juta

Hebat. Memang hebat. David Teo katanya telah menghantar sms kepada seorang pengarang Utusan yang memaklumkan filem Ngangkung hampir mencecah kutipan RM10 juta. Kalau betullah kutipan filem Ngangkung RM10 juta, ini adalah satu sejarah baru dalam dunia perfileman Malaysia. Tahniah kami ucapkan kepada David Teo dan mereka yang terlibat dalam pembuatan filem ini.
Bercakap mengenai David Teo, ada satu perkara yang menarik yang dikatakan olehnya baru-baru ini. Kata David Teo, cabaran paling besar bagi penerbit filem seperti dia ialah “godaan” daripada artis-artis (sudah tentu wanitalah) yang muda dan seksi-seksi yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan slot menjadi pelakon utama. Perghhhhhh. Apakah jenis godaannya? Itu kami tak dapat huraikan. Korang fikirlah sendiri!
Filem Ngangkung sudah cecah RM10 juta, apa cerita dengan filem 2 Alam? Rasa-rasa cecah RM1 juta tak agaknya?


Tuesday, December 7, 2010

Nasib bayi khinzir..


Kejadian seekor khinzir melahirkan anak yang memiliki tubuh separuh manusia menggemparkan masyarakat antarabangsa terutama dikalangan doktor.utk maklumat lanjut sila http://bit.ly/gxBvq1

pergh!apa kes??


jgn sedey ok kepada pemilik lancer...

Saturday, December 4, 2010

Sulatn Mahmud Melaka Kahwin Puteri Gunung Ledang?

haaa ko orang jangan terkejut tau..ni gossip betul punya maaa....sp xtipu pun..bukti pun dah ada..sp dah screenshot kan..sp amik ni dalam FB dia orang....so apa lagi..nah layan!!!

Persediaan sebelum membeli kenderaan

Sebaik sahaja pilihan dan keputusan terhadap kenderaan yang diinginkan dibuat, tiba masa untuk mendapatkan insurans dan pakej pembiayaan sesuai bagi memastikan kenderaan terpakai yang dibeli boleh dipandu di atas jalan raya tanpa sebarang masalah.

Berikut adalah beberapa panduan kepada bakal pemilik kenderaan.



1. Periksa dan tawar harga

Lihat bahagian iklan dalam surat khabar atau majalah untuk mendapatkan purata harga pasaran bagi sesebuah model tersebut. Periksa keadaan keseluruhan kereta sebelum melakukan tawar-menawar (terutama bagi kenderaan terpakai). beritahu pemilik asal untuk mempertimbangkan kerja-kerja baik pulih yang perlu dilakukan.

2. Pilih institusi kewangan atau bank yang diyakini

Antara faktor penting adalah kadar bunga, kriteria kredit yang dikenakan, kadar faedah dan pembiayaan, usia kereta, rangkaian (untuk pembayaran lebih mudah) dan jangka masa kelulusan.

Sekiranya anda mempunyai latar belakang kewangan yang elok dengan bank tertentu, rujuk kembali kepada mereka.

Pergi ke bank Negara Malaysia dan dapatkan status kewangan anda secara percuma dengan hanya membawa kad pengenalan.

3. Tempoh bayaran yang lama atau pendek

Bayaran bulanan sepatutnya tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan bulanan anda. Tempoh bayaran semula yang lebih panjang bermakna jumlah bayaran bulanan lebih sedikit.

Selain itu, bunga untuk sewa beli telah ditetapkan untuk tempoh bayaran pinjaman. Jadi, dengan kadar yang rendah sekarang, pemilihan pakej jangka masa panjang adalah satu kelebihan.

Sekiranya anda ingin menyelesaikannya dalam tempoh yang lebih pendek, potongan harga ke atas bunga akan diberikan.

4. Insurans

Semua syarikat insuran di Malaysia terletak di bawah pengawasan bank Negara Malaysia. Jadi, jumlah premium adalah sama dan kebiasaannya tiada bayaran tambahan (excess clause) dalam polisi tersebut. Sekiranya pihak insuran menilai kereta anda sebagai berisiko tinggi, mereka mungkin akan mengenakan premium tambahan, `excess clause' (sekiranya excess adalah RM400 dan jumlah tuntutan adalah RM 1,000, syarikat insuran hanya akan bertanggungjawab untuk RM600 sahaja) ataupun terus menolak risiko tersebut.

Berkenaan tuntutan, beberapa syarikat insuran sangat tegas dan sedikit lambat dalam meluluskan sebarang permohonan. Jadi lakukan tinjauan sebelum membuat pilihan.

Kes penderaan kanak-kanak di Malaysia

PERANGKAAN Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan kes penderaan kanak-kanak di negara kita semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti yang dilaporkan antara 2006 hingga 2008.

Lebih menyedihkan dan merisaukan kita semua statistik itu juga menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa deraan sepanjang 2008 sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka sendiri.

Keadaan ini menunjukkan kes penderaan di negara kita semakin membimbangkan dan perlu ditangani dengan segera. Keselamatan anak kita ini perlu diberi perhatian khusus oleh semua pihak terutama ibu bapa sendiri sebagai penjaga dan pelindung mereka sepanjang masa.

Atas dasar itu kita wajar menyokong usaha dan inisiatif Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) di negara ini yang mengambil inisiatif melancarkan kempen 'Get On Board-Raise Your Hand. Stop Child Abuse Now' bagi memastikan golongan masyarakat terbabit secara langsung menghalang dan menyelamatkan mana-mana kanak-kanak daripada didera.

Usaha sebegini dilihat hadir tepat pada masanya setelah mengambil kira statistik JKM yang membimbangkan kita semua. Mutakhir ini pelbagai kes penderaan ke atas kanak-kanak didedahkan oleh pihak media yang ada kala begitu menyedihkan dan meruntun hati dan perasaan kita.

Sebagai contoh, dua kes penderaan yang menyayat hati iaitu kes penderaan Syafiah Humairah Sahari berusia tiga tahun dan K. Haresyarren berusia 18 bulan. Tidak berperikemanusiaan dan lebih teruk daripada haiwan.

Itulah ungkapan yang keluar dari mulut majoriti rakyat Malaysia yang terbaca mengenai nasib yang menimpa dua orang kanak-kanak itu. Seluruh rakyat Malaysia mengutuk keras kedua-dua kejadian tersebut yang meruntun hati, jiwa dan perasaan setiap seorang daripada kita.

Syafiah misalnya, disahkan meninggal dunia akibat penderaan yang teruk oleh teman lelaki ibunya sendiri. Hasil bedah siasat pula menunjukkan Syafiah meninggal dunia kerana pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek. Kulit kepalanya juga dikatakan terkoyak kerana dipijak dan ada kesan cucuhan rokok pada bahagian kaki dan dagunya.

Justeru, di samping usaha UNICEF, aspek penguatkuasaan undang-undang juga perlu diberi penekanan. Pelaku seperti ini perlu dijatuhkan hukuman yang berat dan setimpal yang bukan saja boleh menjadi balasan kepada pelaku malah boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada seluruh anggota masyarakat.

Justeru, kita perlu bertindak segera untuk memperbetulkan keadaan ini sebelum berlarutan. Semua pihak perlu berganding bahu menyelamatkan institusi kekeluargaan di negara kita. Hanya keluarga yang bahagia dan harmoni mampu melahirkan masyarakat yang cemerlang dan hebat.

Kita harap baik pihak kerajaan, jabatan agama mahupun badan bukan kerajaan (NGO) dapat memainkan peranan yang lebih agresif dalam mendidik kembali masyarakat kita mengenai nilai kekeluargaan sejati seperti kasih sayang dan cinta agar kita dapat melahirkan masyarakat madani yang progresif seperti kita idamkan supaya kita lebih bersedia untuk menongkah arus pemodenan yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan ke atas sistem nilai dan sosial penduduk negara ini.

Budak-budak terjal buat muka tak bersalah bila dah jahanamkan harta benda awam. hehe..

Budak ni takde kerja cari kerja. Tak pasal-pasal hidung bengkok (kot?).. Hehe..

Friday, December 3, 2010

2 Alam : Tidak Seperti Yang Digembar Gemburkan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Selepas kecoh di twitter mengutuk cerita 2 alam dan ada yang memerli Dr. Rozmey. Yang bising tersebut kebanyakan tidak tengok lagi. Bising-bising pon x guna jadi aku nekad dengan Linda malam tadi terjah panggung untuk pengetahui cerita itu. Apa teruk sangat ker cerita itu sampai orang dok kecoh-kecoh.Sebelum itu aku bagi tau sinopsis cerita itu dulu

\

 Cerita 2 alam mengisahkan seorang lelaki bernama Adam telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Di sana dia telah menukar jantinanya kepada perempuan dan menjadi penyanyi dan menggunakan nama Amy. Kehidupan perempuannya bergelumang dengan maksiat. Oleh itu ketika mati, banyak permasalah berlaku semasa rakan baiknya ketika kecil menguruskan jenazahnya.


Cerita ini bercorak keagamaan. Cerita ala-ala drama televisyen bila waktu puasa. Cerita ini tidak seteruk mana seperti yang telah digembar gemburkan oleh wartawan sebelum ini. Golongan yang kritik cerita ini adalah terdiri dari:

  • Panas badan tengok cerita berunsur agama.
  • Tergolong dalam kumpulan lelaki lembut.
  • Anti dengan filem melayu.
  • Anti filem bercorak keagamaan.


Jadi pada golongan diatas, aku tidak galakan korang tengok cerita ini sebab korang memang akan kutuk habis-habisan. Semasa dalam pawagam aku duduk sebelah dengan sekumpulan lelaki lembut atau bahasa kasarnya pondan. Selapas habis cerita ini, sorang rakannya bertanya; “Nyah ko insaf ker tengok cerita ini”. Rakannya bangun untuk keluar dan menjawab; “Tak”. Aku tau badan dia panas cikit walaupon dalam hall tersebut sejuk sebab pada waktu itu hujan diluar.
Berbandingkan cerita Cuti-cuti Cinta, aku rasa cerita ini lagi bagus. Cuma sesetengah gelongan yang aku nyatakan diatas yang akan merasakan cerita ini teruk. Tahniah kepada Dr. Rozmey kerana telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang umat Islam dengan membuat cerita tersebut. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Aku bagi 3 bintang untuk cerita ini.
anda bagaimana??





Tamatlah Riwayat Sotong Paul

Paul the octopus terkenal dengan ketepatan menilik semasa World Cup di South Africa telah menghembuskan nafas terakhir lewat malam semalam waktu German. Dia mati ketika tidur kata pengurusan Oberhausen Sea Life Centre. Bangkainya di salut dengan tepung dan disemadikan di dalam kuali yang mengandungi minyak panas.haha..
P/S : Harimau mati meninggalkan belang, sotong mati meninggalkan?

Gadis Diculik ‘Jin Islam’ Ditemui

Akhbar dahulu mengeluarkan berita berdasarkan fakta namun Berita Harian yang pernah keluarkan iklan televisyen ‘Zaman Dah Berubah, Dunia Dah Maju’ untuk akhbar bersaiz tabloidnya tidak seperti moto yang dibawanya. Inilah berita yang menggemparkan :
Sudah macam Misteri Nusantara aku tengok. Beria cakap dunia sudah maju, tapi akhbar melayu tidak maju-maju. Bila tidak dapat iklan, mulalah kutuk syarikat-syarikat di Malaysia tidak menyokong akhbar melayu. Sudah surat khabar macam tiada cerita lain hendak ditulis. Kalaulah polis juga percaya yang gadis tersebut di culik dengan jin, memang polis kena tubuh unit baru yang diberinama ‘Unit MG’. Unit Makhluk Ghaib, kerjanya menangkap jin-jin dan syaitan yang kerjanya menculik dan merompak. Sudah macam ‘Ghostbusters’, ketuanya Uncle dan sis. haha..
yang si Balqis ni pon satu, jenis menipu mak bapak. Ade ke pergi sms dekat mak dia berada Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat. Jin berbulu lebat? Mamak mana entah bawak dia tu. Padahal pergi lepak rumah sahabat pena sendiri. Ganas gila budak sekarang yer, berani ye jalan jauh-jauh sorang-sorang. Sudah dua kes dalam bulan ni budak perempuan lari pada rumah.
Wahai wanita diluar sana yang bercadang untuk melarikan diri. Kalau korang hendak melarikan diri, korang bagi tahu dekat mak bapak korang yang korang lari dari rumah. Jangan cakap kena culik. Korang tahu tindakan korang itu menyusahkan polis. Banyak lagi kes yang lebih penting untuk polis selesaikan. Korang bukan setakat menyusahkan polis, bahkan menghabiskan wang kerajaan. Korang ingat hendak cari korang tu tidak pakai duit ker.

apa komen anda??


Review : Aku Tak Bodoh

Sinopsis
Temui Roy, Seorang mahasiswa berusia 16 tahun yang menghadapi cabaran masa remaja.Pada saat yang sama, seperti anak muda liannya, dia berusaha memahami pelajaran yang diajar oleh neneknya, Granie, bahawa nilai yang sangat penting dalam kehidupan adat Bahasa Melayu bahawa anak-anak atau orang muda secara ketat terikat oleh kebiasaan untuk memandang orang tua ataupun tua-tua dengan hormat, diragukan kesetiaan dan ketaatan total.
Tidak peduli apa situasinya mungkin… Menjadi sibuk dan pra-sibuk dengan pekerjaan mereka sebahagian besar masa, ayahnya, seorang programmer komputer dan ibunya, seorang editor senior majalah, hanya sekadar suatu eksistensi di rumah. Bagi mereka, memberikan kekayaan materi adalah semua yang dituntut daripada peranan orangtua.
Putranya, Jefri berusia 8 tahun, berada dalam situasi yang jauh lebih buruk ketika ia praktikal tidak ada orang yang berpaling. Komik petualangan set ketika beliau menjadi penasaran ingin mencari tahu di mana bayi berasal.
Terperangkap di antara adat ini penjara dan kehausan mereka untuk perhatian dan bimbingan daripada mereka yang selalu sibuk bekerja orang tua, Roy, akhirnya masuk ke sebuah kemelesetan ketika bahkan guru Bahasa Melayu mengejek dia membawa malu kepada masyarakat ketika ia gagal bahasa melayu nya kertas.
Roy bergabung dengan kumpulan gangster waktu kecil. Ini adalah kelompok yang sering memuji mereka berdua untuk beberapa kembali ditolak.Akhirnya, ketika situasi menjadi lepas kendali, menjadi jelas bahawa kedua orangtua menyedari kesalahan dan kerosakan psikologi yang telah mereka ciptakan pada anak-anak mereka sendiri.
Cerita memuat gilirannya emosional ketika orang tua mereka cuba untuk menyelamatkan anak jatuh dari cengkaman anti-sosial associate jenayah. Dan dengan perjalanan mereka datang dalam lingkaran penuh, memutuskan untuk memiliki perubahan pekerjaan sementara isterinya, Norlela menjadi seorang ibu rumah tangga untuk menebus mereka yang hilang bertahun-tahun sebagai ayah dan ibu. Pada akhirnya, baik pujian anak-anak mereka untuk mengajar mereka pelajaran yang paling berharga dalam hidup.
Cerita ini bercorak komedi dan diadaptasi dari filem Jack Neo, ‘I’m not stupid too’. Keseluruhan cerita ini memang menarik sebab memaparkan realiti kehidupan dari pandangan kanak-kanak berumur 8 tahun. Sepanjang tayangan cerita ini, memang tidak henti-henti penonton ketawa sebab dialog selamba pelakon kanak-kanak dalam cerita ini mencuit hati penonton.
Cerita ini juga dapat memberi pengajaran kepada kanak-kanak dan ibu bapa dan memupuk semangat kekeluargaan. Jadi aku galakkan korang bawak satu family kasi terjah panggung pada 2 Disember 2010. Memang tidak rugi korang menonton cerita ini sebab jalan ceritanya memang menarik. Lain dari yang lain. Filem melayu wajib tonton sebelum berakhirnya 2010 ini dan aku bagi 4 dari 5 bintang untuk cerita ini. 
apa komen anda??

iCity Shah Alam

Siapa yang belum pergi lagi iCity, Shah Alam sila angkat tangan? hehe.. Aku baru sahaja balik dari iCity. iCity tidak jauh dari tempat tinggal aku. Memang hari-hari lalu area situ. Pada siapa yang tidak tahu iCity terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Kalau korang melalui faderal highway untuk ke Klang kompem akan nampak iCity disebelah kanan korang. Hendak kesana mudah sahaja korang ikut faderal Highway arah ke Shah Alam then akan nampak susur keluar iCity.
Aku pergi buat kali ke dua sebab sayangku ingin sangat pergi kesana. Jadi menunaikan hasrat dia, aku bawalah. Banyak juga perubahan di iCity ini. Sebelum ini aku pergi percuma dan kini berbayar, RM1. Lampu-lampu hiasan juga makin bertambah. Siap ada patung binatang-binatang seperti ga..jah,ga..jah, harimau, kuda dan paling dasyat siap ada dinasour.hoho..Selain itu sempena musim world cup ini mereka juga menyediakan skrin besar punya. Lagi besar dari kedai mamak punya skrin untuk menonton perlawanan bola sepak. Apa pon korang layang sahaja gambar ini. Gambar selebihnya aku sudah letak diFacebook, maka ringankan tangan add aku as a friend.





Iklan Topup Dalam Portal Rasmi Pelajar UiTM

Aku merupakan alumni UiTM. Kadang-kadang saja masuk student portal UiTM (istudent) untuk tengok info-info terbaru. Ada satu bahagian di portal tersebut yang diberi nama Newsflash selalu memaparkan iklan jawatan kosong. Aku selalu perasan ada satu iklan ni. Tajuk dia ‘KHAS UNTUK SEMUA PELAJAR’. Iklan tersebut selalu berada dibahagian atas mungkin sentiasa diupdate tarikh input kot.
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Malam tadi aku dapat invitation dari baik punye untuk Premiere Screening filem The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader. Aku hanya dapat ticket untuk tayangan biasa, terima kasih kepada kitosebab bagi ticket untuk tayangan 3D.
Synopsis: In the film, Edmund and Lucy Pevensie, along with their pesky cousin Eustace Scrubb, find themselves swallowed into a painting and on to a fantastic Narnian ship headed for the very edges of the world.


Joining forces once again with their royal friend Prince Caspian and the warrior mouse Reepicheep, they are whisked away on a mysterious mission to the Lone Islands, and beyond. On this bewitching voyage that will test their hearts and spirits, the trio will face magical Dufflepuds, sinister slave traders, roaring dragons and enchanted merfolk. Only an entirely uncharted journey to Aslan’s Country – a voyage of destiny and transformation for each of those aboard the Dawn Treader – can save Narnia, and all the astonishing creatures in it, from an unfathomable fate.

Kalau tidak silap aku ini adalah yang ke 3. Yang sebelum ini ialah The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe dan The Chronicles of Narnia: Prince Caspian. Satu pon aku tidak pernah tonton. Jadi tidak peliklah kalau aku katakan disini yang aku tidak faham watak sebab cerita ini kesinambungan dari filem sebelum ini. Tiada lagi memperkenalkan watak untuk kali dan tiada lagi memperkenalkan Narnia.
Aku sarankan kalau korang hendak rasa seronok dan faham cerita ini, pastikan korang telah menonton kedua-dua filem sebelum ini sebab korang akan jadi seperti aku. Pada sesiapa yang bercadang untuk menonton dalam 3D aku tidak galakkan sebab korang akan membazir duit sebab tidak banyak effect 3D dalam cerita ini. Awalan cerita sahaja dan beberapa babak yang ada 3D selebihnya nampak plain 2D.


Aku tidak faham cerita ini, jadi aku tidak mahu review lebih-lebih dan aku tidak meletakkan star untuk cerita ini. Apa-apa pon korang tengok sendiri dia pawagam mulai hari ini.
Trailer The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

post pertama blog baikpunye

posting petama blog baikpunye!