Saturday, December 4, 2010

Persediaan sebelum membeli kenderaan

Sebaik sahaja pilihan dan keputusan terhadap kenderaan yang diinginkan dibuat, tiba masa untuk mendapatkan insurans dan pakej pembiayaan sesuai bagi memastikan kenderaan terpakai yang dibeli boleh dipandu di atas jalan raya tanpa sebarang masalah.

Berikut adalah beberapa panduan kepada bakal pemilik kenderaan.



1. Periksa dan tawar harga

Lihat bahagian iklan dalam surat khabar atau majalah untuk mendapatkan purata harga pasaran bagi sesebuah model tersebut. Periksa keadaan keseluruhan kereta sebelum melakukan tawar-menawar (terutama bagi kenderaan terpakai). beritahu pemilik asal untuk mempertimbangkan kerja-kerja baik pulih yang perlu dilakukan.

2. Pilih institusi kewangan atau bank yang diyakini

Antara faktor penting adalah kadar bunga, kriteria kredit yang dikenakan, kadar faedah dan pembiayaan, usia kereta, rangkaian (untuk pembayaran lebih mudah) dan jangka masa kelulusan.

Sekiranya anda mempunyai latar belakang kewangan yang elok dengan bank tertentu, rujuk kembali kepada mereka.

Pergi ke bank Negara Malaysia dan dapatkan status kewangan anda secara percuma dengan hanya membawa kad pengenalan.

3. Tempoh bayaran yang lama atau pendek

Bayaran bulanan sepatutnya tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan bulanan anda. Tempoh bayaran semula yang lebih panjang bermakna jumlah bayaran bulanan lebih sedikit.

Selain itu, bunga untuk sewa beli telah ditetapkan untuk tempoh bayaran pinjaman. Jadi, dengan kadar yang rendah sekarang, pemilihan pakej jangka masa panjang adalah satu kelebihan.

Sekiranya anda ingin menyelesaikannya dalam tempoh yang lebih pendek, potongan harga ke atas bunga akan diberikan.

4. Insurans

Semua syarikat insuran di Malaysia terletak di bawah pengawasan bank Negara Malaysia. Jadi, jumlah premium adalah sama dan kebiasaannya tiada bayaran tambahan (excess clause) dalam polisi tersebut. Sekiranya pihak insuran menilai kereta anda sebagai berisiko tinggi, mereka mungkin akan mengenakan premium tambahan, `excess clause' (sekiranya excess adalah RM400 dan jumlah tuntutan adalah RM 1,000, syarikat insuran hanya akan bertanggungjawab untuk RM600 sahaja) ataupun terus menolak risiko tersebut.

Berkenaan tuntutan, beberapa syarikat insuran sangat tegas dan sedikit lambat dalam meluluskan sebarang permohonan. Jadi lakukan tinjauan sebelum membuat pilihan.

No comments:

Post a Comment