Friday, December 3, 2010

Gadis Diculik ‘Jin Islam’ Ditemui

Akhbar dahulu mengeluarkan berita berdasarkan fakta namun Berita Harian yang pernah keluarkan iklan televisyen ‘Zaman Dah Berubah, Dunia Dah Maju’ untuk akhbar bersaiz tabloidnya tidak seperti moto yang dibawanya. Inilah berita yang menggemparkan :
Sudah macam Misteri Nusantara aku tengok. Beria cakap dunia sudah maju, tapi akhbar melayu tidak maju-maju. Bila tidak dapat iklan, mulalah kutuk syarikat-syarikat di Malaysia tidak menyokong akhbar melayu. Sudah surat khabar macam tiada cerita lain hendak ditulis. Kalaulah polis juga percaya yang gadis tersebut di culik dengan jin, memang polis kena tubuh unit baru yang diberinama ‘Unit MG’. Unit Makhluk Ghaib, kerjanya menangkap jin-jin dan syaitan yang kerjanya menculik dan merompak. Sudah macam ‘Ghostbusters’, ketuanya Uncle dan sis. haha..
yang si Balqis ni pon satu, jenis menipu mak bapak. Ade ke pergi sms dekat mak dia berada Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat. Jin berbulu lebat? Mamak mana entah bawak dia tu. Padahal pergi lepak rumah sahabat pena sendiri. Ganas gila budak sekarang yer, berani ye jalan jauh-jauh sorang-sorang. Sudah dua kes dalam bulan ni budak perempuan lari pada rumah.
Wahai wanita diluar sana yang bercadang untuk melarikan diri. Kalau korang hendak melarikan diri, korang bagi tahu dekat mak bapak korang yang korang lari dari rumah. Jangan cakap kena culik. Korang tahu tindakan korang itu menyusahkan polis. Banyak lagi kes yang lebih penting untuk polis selesaikan. Korang bukan setakat menyusahkan polis, bahkan menghabiskan wang kerajaan. Korang ingat hendak cari korang tu tidak pakai duit ker.

apa komen anda??


No comments:

Post a Comment